Tuesday, October 22, 2013

Prof Dr Sohaimi Lazim Calon BN Di Sungai Limau


Teka teki siapa calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sg Limau terjawab apabila Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Dr Sohaimi Lazim, 52, diumumkan sebagai calon.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai,  telah diumum Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon BN di Bilik Gerakan PRK BN di Sungai Lentang, Yan, Kedah hari ini.


Muhyiddin berkata pemilihan Ahmad Sohaimi, 52, adalah berdasarkan kelebihan beliau yang mempunyai kelulusan tinggi selain pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan.

Katanya pemilihan dibuat berdasarkan oleh penilaian oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau sendiri dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

"Mohon kerjasama pengundi untuk memberi peluang kepadanya. Jika terpilih segala perkara yang perlukan perhatian akan disampaikan kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat," katanya selepas majlis pengumuman itu. Ahmad Sohaimi yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Pengajian Kemasyarakatan, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI berasal dari Kampung Titi Batu, Guar Chempedak di sini.

Ditanya mengenai pandangan sesetengah pihak bahawa BN perlu meletakkan calon yang mempunyai latar belakang agama untuk merampas semula kerusi DUN Sungai Limau yang dikuasai Pas dalam lima pilihan raya umum sejak 1995, Muhyiddin berkata apa yang penting, calon BN itu mempunyai kelulusan dan boleh menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik.

seterusnya di sini
Mat Khir

No comments:

Post a Comment